Saturday, September 12, 2009

FASILITATOR BENGKEL

Psychology Learning Training menjemput Prof. Madya Mohd Makzan Musa dari Jabatan Psikologi & Kaunseling, Kolej Sastera dan Sains, Universiti Utara Malaysia sebagai fasilitator bengkel ini. Beliau mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Psikologi) dengan kepujian dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Masters of Arts (Psychology) dari Universiti of San Diego, California, Amerika Syarikat. Fasilitator jemputan mempunyai pengalaman 20 tahun mengajar, melakukan penyelidikan dan penyeliaan penyelidikan di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana dalam bidang Psikologi dan Psikologi Sosial. Beliau ada menerbitkan buku PSIKOLOGI SOSIAL terbitan Utusan Publications & Distributions di samping menulis artikel-artikel psikologi untuk beberapa majalah tempatan, perunding, penulis modul serta fasilitator Program PERMATA KASIH, KEIBUBAPAN ANAK REMAJA dan PARENTING @ WORK anjuran Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga (LPPKN), Kementerian Wanita dan Pembangunan Keluarga. Topik cemburu dan irihati dalam bidang Psikologi Sosial adalah tumpuan penelitian beliau diperingkat pengajian Doktor Falsafah di samping penulisan dan perbentangan kertas kerja dalam dan luar negara. Sebelum berkhidmat dengan Universiti Utara Malaysia beliau pernah berkhidmat di Bahagian Rawatan & Pemulihan Dadah (kini Agensi Anti Dadah Kebangsaan) dan Pegawai Bimbingan dan Nasihat ITM (kini UiTM) di kampus Segamat Johor.