Saturday, September 12, 2009

.::Selamat Datang::.

BENGKEL PSIKOLOGI CEMBURU & IRIHATI



Salam sejahtera...

Laman blog ini disediakan khas sebagai maklumat BEKGKEL PSIKOLOGI CEMBURU & IRIHATI. Segala maklumat berkenaan bengkel ini anda boleh mendapatkan dibahagian MENU. Butiran ringkas bengkel adalah seperti dibawah:

Pada: 11 & 12 JANUARI 2010. (Tarikh Terbaru)
Bertempat: QUALITY HOTEL, JALAN RAJA LAUT, KUALA LUMPUR
Penyertaan: TERHAD kepada 30 PERSERTA sahaja.
Anjuran : Psychology Learning Training.




Maklumat lanjut dan borang penyertaan boleh didapati melalui broser program. KLIK SINI untuk donwload. (please right click and save as target to save this brouse to you computer)

Ruangan Sembang






YURAN PENYERTAAN

Yuran bengkel adalah sebanyak RM 400.00 seorang termasuk makan tengahari, jamuan teh, untuk DUA (2) hari dan beg bengkel. Yuran penyertaan bengkel TIDAK termasuk bilik penginapan. Yuran boleh dibayar secara cek/kiriman wang/wang pos/bank draf/LPO kepada Psychology Learning Training. Yuran yang di bayar secara tunai dikehendaki terus dimasukan ke dalam Akaun Psychology Learning Training dengan no 02120002378057 di mana-mana cawangan CIMB Bank. Anda di minta faks resit pembayaran secara tunai ke no 04-9243670 sebagai pengesahan pembayaran. Manakala yuran yang dibuat melalui cek/kiriman wang/wang pos/bank draf/LPO perlu dibuat pembayaran ke atas nama Psychology Learning Training.

FASILITATOR BENGKEL

Psychology Learning Training menjemput Prof. Madya Mohd Makzan Musa dari Jabatan Psikologi & Kaunseling, Kolej Sastera dan Sains, Universiti Utara Malaysia sebagai fasilitator bengkel ini. Beliau mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Psikologi) dengan kepujian dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Masters of Arts (Psychology) dari Universiti of San Diego, California, Amerika Syarikat. Fasilitator jemputan mempunyai pengalaman 20 tahun mengajar, melakukan penyelidikan dan penyeliaan penyelidikan di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana dalam bidang Psikologi dan Psikologi Sosial. Beliau ada menerbitkan buku PSIKOLOGI SOSIAL terbitan Utusan Publications & Distributions di samping menulis artikel-artikel psikologi untuk beberapa majalah tempatan, perunding, penulis modul serta fasilitator Program PERMATA KASIH, KEIBUBAPAN ANAK REMAJA dan PARENTING @ WORK anjuran Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga (LPPKN), Kementerian Wanita dan Pembangunan Keluarga. Topik cemburu dan irihati dalam bidang Psikologi Sosial adalah tumpuan penelitian beliau diperingkat pengajian Doktor Falsafah di samping penulisan dan perbentangan kertas kerja dalam dan luar negara. Sebelum berkhidmat dengan Universiti Utara Malaysia beliau pernah berkhidmat di Bahagian Rawatan & Pemulihan Dadah (kini Agensi Anti Dadah Kebangsaan) dan Pegawai Bimbingan dan Nasihat ITM (kini UiTM) di kampus Segamat Johor.

PENYERTAAN

Penyertaan terbuka kepada mereka yang terlibat dalam profesyen bantuan menolong seperti kaunselor, pekerja sosial, kakitangan di jabatan agama, polis, kesihatan, kebajikan masyarakat dan lain-lain agensi yang berkaitan dengan khidmat masyarakat. Orang perseorangan yang berminat untuk mendalami, memperkasakan diri dengan isu cemburu dan irihati turut dialu-alukan menyertai bengkel ini.

Mereka yang berminat untuk mengikuti bengkel ini diminta melengkapkan borang penyertaan yang disediakan berserta yuran pendaftaran bengkel. Pengesahan penyertaan hanya akan dibuat setelah bayaran yuran bengkel di terima. Borang penyertaan yang lengkap diisi perlu di faks ke no talian 04-924 3670.

FORMAT BENGKEL

· Latihan Dalam Kelompok
· Kajian Kes
· Experiential Learning

OBJEKTIF BENGKEL

1. Mengupas isu psikologi cemburu dan irihati dalam konteks perhubungan interpersonal.
2. Memahami pengaruh-pengaruh psikologikal cemburu dan irihati.
3. Memberi kefahaman bahawa cemburu dan irihati adalah dua isu yang berbeza.
4. Teknik mengurus dan mengendalikan cemburu dan irihati bagi kesejahteraan kehidupan.

LATAR BELAKANG

Kerap kali kita mendengar malah ada yang pernah berdepan dengan isu cemburu dan irihati dalam kehidupan seharian khususnya dalam kehidupan berumahtangga dan berkeluarga. Kedua-dua isu cemburu dan irihati dalam realiti kehidupan mempengaruhi kesejahteraan diri.

Disebabkan cemburu muncul tindakan-tindakan di luar pertimbangan kewarasan akal dalam perhubungan suami isteri atau di kalangan pasangan bercinta dalam bentuk penderaan lisan, fizikal dan mental. Jika cemburu tidak dikendalikan, diurus hingga berlarutan dalam suatu jangkamasa ia boleh menjadikan kehidupan berumahtangga dan berkeluarga tidak tenteram jauh sekali harmoni dan di tahap yang melampau boleh berakhir dengan tragedi.

Dan dalam interaksi sosial, perhubungan sosial menjadi tengang hingga terjejas silaturahim gara-gara isu irihati yang tidak dapat dibendung. Akibat irihati, ramai yang tidak tenteram jauh sekali aman damai. Irihati membelenggu, menghadkan diri untuk melangkah ke hadapan dalam usaha untuk mempertingkatkan ketrampilan, kebolehan, kelebihan malah kekuatan diri dalam kehidupan peribadi mahupun profesional.

Memandangkan isu cemburu dan irihati merupakan antara permasalahan psikologikal kehidupan wajar sekali kedua-kedua isu cemburu dan irihati diketengahkan dalam suasana pertukaran dan perkongsian maklumat. Menerusi bengkel cemburu dan irihati yang julung-julung kali diadakan di Malaysia ini, ia dapat membantu mengenal, memahami aspek-aspek psikologikal cemburu dan irihati yang kerap membelenggu diri. Oleh itu Psychology Learning Training menjemput anda untuk menghadiri satu-satunya bengkel unik ini.

Wednesday, September 9, 2009

Hubungi

Psychology Learning Training
209, Taman Sayang
06010 Changlun
Kedah Darul Aman
Tel/faks : 04-9243670